Seorang lelaki masih menunggu khabar berita nasib yang ayahnya yang sepatutnya pulang dari bekerja kira-kira pukul 3.30 petang tetapi masih belum tiba bimbang ayahnya terlibat dalam tragedi bas di Genting Highlands petang tadi.Faizal Muhd Rasid ketika ini menunggu khabar terkini berkenaan ayahnya Muhd Rasid Jantan, 61 tahun di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut Faizal, tugas ayahnya sebagai Pembantu Pengurus Keselamatan di Genting Highland sepatutnya selesai pukul 2 petang dan selalunya akan sampai ke rumah kira sejam selepas itu tetapi amat berbeza hari ini.“Ayah akan habis kerja pukul 2 petang sehingga kini tidak pulang lagi, sehinggalah makcik telefon kata ada kemalangan,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my ketika ditemui di HKL malam ini. Faizal sudah pun pergi ke Hospital Selayang tetapi tiada khabar berita.Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Kaunselor Pejabat Konsulat Indonesia Dino Nurwahyudi tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi mengenalpasti jikalau ada rakyat Indonesia yang terlibat.
Jika ada, pihak kedutaan akan menghubungi keluarga mangsa bagi urusan menuntut jenazah.Suasana di perkarangan Unit Kecemasan dan Trauma HKL dipenuhi ahli keluarga mangsa dan wakil media bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan ahli keluarga mereka.Bas berkenaan merupakan bas ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highland terjunam ke dalam gaung kira-kira pukul 2.45 petang menyebabkan 37 orang maut manakala 16 lagi cedera. Bas berkenaan membawa 53 orang penumpang. – Mynewshub.my
0 komentar:
Posting Komentar