Tampilkan postingan dengan label amerika. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label amerika. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 16 Agustus 2014

Muhyiddin Pikat Pelajar Pelajar Amerika


ATHENS (Ohio) – Dengan universiti yang mantap di Malaysia, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah tiba masanya pelajar Amerika menganggap negara Asia Tenggara sebagai destinasi untuk menimba ilmu dan penyelidikan.

Malaysia, katanya, tidak sepatutnya diletakkan dalam kategori terpencil dalam destinasi untuk menuntut ilmu di seberang laut sebaliknya disenaraikan sebagai negara pilihan untuk tujuan itu.

“Malangnya, kami hanya mempunyai beberapa kerat pelajar Amerika di universiti-universiti kami. Kami mempunyai ramai penuntut dari China, Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah yang belajar di unversiti-universiti kami tetapi (penuntut) dari Eropah dan Amerika hampir tidak mencukupi,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam ucaptama apabila melancarkan Program Outreach Malaysia@ Ohio University (OU): Meraikan Lima Dekad Kerjasama Strategik di kampus OU di sini pada Selasa.

Selain menempatkan universiti-universiti yang diberi nilai oleh pelbagai ranking antarabangsa dan senarai kedudukan, beliau berkata Malaysia mempunyai begitu banyak untuk ditawarkan dalam bidang-bidang seperti penyakit tropika, perubatan komplimentari dan biodiversiti.

Dalam ucapannya yang bertemakan ‘Pendidikan Tinggi Malaysia dalam Abad ke-21′, Muhyiddin berkata pengamal pendidikan dan pemimpin kerajaan di seluruh dunia mengiktiraf impak dengan mempunyai pelajar antarabangsa dalam kampus masing-masing kerana ini akan membawa kepada persenyawaan silang idea dan pemikiran.

Beliau menganggap ini akan menjurus kepada pemerkayaan dan pengukuhan dalam pelbagai bidang akademik termasuk kualiti dan kepelbagaian anggota fakulti, tinjauan penyelidikan yang meluas dan mendalam, penghargaan yang lebih dekat dan pemahaman isu-isu silang budaya.

Muhyiddin menyampaikan ucaptamanya di hadapan audiens termasuk Presiden OU Dr Roderick J. McDavis dan pemimpin utama lain universiti itu.

Mengulas mengenai mobiliti pelajar, Muhyiddin berkata pada masa ini terdapat 6,900 pelajar Malaysia di universiti-universiti seluruh Amerika.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia telah mengantarabangsakan ‘varsityscape’ begitu banyak kampus Amerika sejak awal abad ke-20, beliau berkata pada tahun 80an, sesetengah universiti seperti Illinois, Indiana dan Ohio mempunyai ratusan pelajar Malaysia di kampus pada bila-bila masa.

“Kampus Illinois di Carbondale walaupun mempunyai nama jolokan ‘Kampungdale’ kerana semata-mata bilangan pelajar Malaysia di kampusnya. Kami mengakui keunggulan universiti anda, dengan beberapa buah daripadanya telah wujud hampir 400 tahun.

“Semata-mata bilangannya atau rakyat Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat menunjukkan yang Malaysia yakin dengan universiti anda selama ini,” kata Muhyiddin.

Dalam ucapannya, Muhyiddin mengimbas semula sejarah hubungan OU-Malaysia, bercakap tentang maju ke hadapan dalam meningkatkan hubungan dan menawarkan pandangannya dalam sistem pendidikan Malaysia. – BERNAMA

Rabu, 01 Januari 2014

Bala Tofan Kembali Landa Wilayah Amerika

 Rabu, 26 Desember 2012 
Warga tengah membersihkan salju akibat badai (Foto: AP)
Warga sedang membersihkan salji akibat taufan (Foto: AP)
WASHINGTON -Taufan kembali melanda wilayah selatan Amerika Syarikat  . Taufan yang terjadi di hari Krismas ini, menyebabkan tumpukan kenderaan yang perjalanannya terganggu di Oklahama dan ribuan warga terpaksa hidup tanpa aliran elektrik.

Taufan yang terbentuk mulai dari Kansas hingga Texas, mencakup angin tornado serta beberapa ribut petir yang melanda di wilayah selatan. Taufan ini juga mengancam wilayah tenggar Texas hingga ke Alabama.

Hingga Selasa 25 Desember pagi waktu setempat, lebih dari 20 ribu warga di Houston saat ini tidak dapat menikmati aliran elektrik. Taufan ini diperkirakan akan bertambah besar kekuatannya dan area jangkauannya pun meluas dari Arkansa hingga Illinois. Sementara salji juga menambah parah keadaan ketika ini.

"Kondisi cuaca akan bertambah parah di saat jam sibuk," ujar meteorologis Crystal Pettet, seperti dikutip Reuters, Rabu (26/12/2012).

Taufan kali ini sudah menyebabkan satu orang warga terbunuh. Seorang lelaki di Texas dilaporkan meninggal akibat tertimpa pohon di sebuah jalanan Harris County. Mangsa berusia 25 tahun itu diketahui tengah berada di dalam kereta.

Sementara topan tornado yang dipicu badai ini, turut membuat kerosakan dari beberapa bangunan di Texas. Sebuah bank dikhabarkan kehilangan atapnya akibat terjangan tornado tersebut.

Kondisi buruk juga memicu terjadi tabrakan di Oklahoma City. Sekira 21 kenderaan menumpuk di jalan raya akibat kecelakaan itu. Insiden ini menyebabkan 12 orang cedera dan terpaksa dikejarkan ke rumah sakit.

Beberapa wilayah Oklahoma juga ditutup salji tebal. Pemerintah setempat mengatakan, ketebalan salji dikhabarkan mencapai tiga inc
i.(faj)okezone.com