Tampilkan postingan dengan label kenapa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kenapa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Februari 2014

Zed Zaidi Mahu TV3 Minta Maaf Kenapa

Zed Zaidi Mahu TV3 Minta Maaf? Kenapa?


Walaupun sudah seminggu Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) berlalu, kekecohan mengenai pertukaran penyanyi pengganti bagi Artis Yunalis Zarai masih lagi belum reda.
Seminggu sebelum acara itu berlangsung, ramai pihak mengecam stesen televisyen berkenaan kerana seolah-olah mengenepikan kredibiliti penyanyi veteran, Uji Rashid untuk beraksi di atas pentas.
Yuna yang ketika itu di Los Angeles pula tidak dapat berbuat apa-apa apabila isu itu timbul dan akur dengan keputusan penolakan Uji Rasyid bagi menggantikan dirinya dan digantikan dengan penyanyi lelaki, Aizat.
Meski pun lagu ‘Terukir Di Bintang’ dinobatkan sebagai juara dalam AJL 27, ia tidak mampu menutup segala cerita kontroversi yang dikatakan melibatkan maruah Uji Rasyid.
Sebelum itu juga, Uji Rasyid ada meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila dirinya diketepikan pada saat-saat akhir.
Isu itu berlanjutan hinggalah ke hari ini.
Terbaru, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi melalui laman Twitternya, mendesak stesen TV3 memohon maaf kepada Uji Rasyid.
Sekali lagi, Zed Zaidi mengatakan imej Uji Rasyid telah tercalar dan maruahnya telah tercemar walaupun sudah menjadi artis untuk tempoh yang sudah lama.
Tambahnya lagi, TV3 terlalu ego dalam usaha untuk menyelesaikan masalah itu kerana tidak mahu memohon maaf kepada Uji Rasyid.
Persoalannya, sampai bilakah isu ini akan terus diperbesarkan?

Jumat, 31 Januari 2014

Kenapa Abang Negro Ni Marah Marah Jom Tengok!

Kenapa Abang Negro Ni Marah-Marah? Jom Tengok!


Kenapa Abang Negro Ni Marah-Marah? Jom Tengok!
Seorang lelaki Negro yang bernama ‘MaximBady’ mungkin agak popular di laman You Tube.
Banyak juga video yang dimuat naik oleh lelaki ini.
Ini adalah satu video yang mungkin dia ingin meluahkan perasaan marahnya.
Puncanya, mahu meluahkan perasaan marah kepada bekas kekasihnya yang sering mengganggu dirinya di laman Facebook.
Habis bermacam-macam perkataan yang dia luahkan.
Megabite, Mobile, Blakcberry, Bumi, Planet, Movei, semualah dia kaitkan dalam kebencian terhadap bekas kekasihnya.
Jom tengok macam mana dia meluahkan marah. Layankan aje…
Oleh: SORAYA IMAN