Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Selasa, 31 Desember 2013

Mengerikan! Kunci Kereta Tertikam Mata Bayi

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

Nicholas Holderman, bayi berusia 20 bulan asal Perryville, Kentucky, AS saat bermain bersama kedua kakaknya, secara tak sengaja, ia terjatuh tepat di atas kunci kereta orangtuanya. Kunci kereta tersebut justru menancap di kelopak matanya hingga menembus otak.
Beruntung Nicholas, kerana insiden tersebut tidak fatal. Meski kunci sempat beberapa lamanya menancap di kepalanya, namun berkat pertolongan pasukan perubatan ia boleh sembuh dan tak mengalami gangguan lain.
Tangisan kuat Nicolas mengejutkan ayahnya, Chris yang cepat-cepat menghampiri buah hatinya itu. Betapa terkejutnya Chris ketika melihat keadaan mengerikan di depan matanya. Sepasang kunci menancap di sebelah kelopak mata Nicolas dan menembus otaknya. "Itu pemandangan yang sangat mengerikan melihat ini terjadi pada bayi saya," kata Chris
Nicholas tinggal selama enam hari di hospital untuk masa penyembuhannya. “Kni ia telah benar-benar sembuh dan memiliki penglihatan yang sempurna. Kami semua tahu bila ini adalah anugerah dari yang Kuasa,” tegas Chris.

borak kosong

(Dari Berbagai Sumber)

Selasa, 24 Desember 2013

Asal Usul Nombor Plat Kereta Malaysia

Asal-Usul Nombor Plat Kereta Malaysia


Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Malah, pada masa tersebut, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN