Tampilkan postingan dengan label saya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label saya. Tampilkan semua postingan

Kamis, 30 Januari 2014

Saya Kahwin Bukan Kerana Masalah Zuriat – Ashraf Muslim


Enggan  terus diselubungi kontroversi, Ashraf Muslim semalam tampil memberi penjelasan mengenai perkahwinan keduanya. Jika sebelum ini salah satu teori mengenai perkahwinan ini ialah ketiadaan zuriat dengan isteri pertama, Ashraf Muslim menafikan perkara tersebut.
Menurut Ashraf, perkahwinan keduanya itu kerana detik hati. Jelas Ashraf:-
Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan ketiadaan zuriat. Saya mengenali Sakinah sudah lama iaitu sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna,
Saya mengenali Sakinah sebelum saya mengahwini Dayana lagi. Kami bermula sebagai kawan biasa tetapi lama-kelamaan timbul satu perasaan seperti secret admirer. Saya mula rasa nak kahwin dengan dia. Jadi, saya kahwin sebab saya rasa nak kahwin
shr
Ashraf juga turut menerangkan keputusannya untuk berkahwin di Thailand walaupun sedang menunggu keputusan mahkamah:-
Itu satu keputusan yang susah untuk saya buat. Beribu kali saya berfikir. Saya rujuk dahulu pada ustaz dan pakar kaunseling. Saya bagitau pada Dayana dan keluarga mertua. Tetapi dalam tempoh itu, timbul pula perkara-perkara diluar jangkaan. Itu yang menyebabkan saya buat keputusan berkahwin di Thailand.
Dayana tidak tahu yang saya berkahwin di sana. Saya rancang nak beritahu dia pada keesokan harinya. Tapi belum sempat saya beritahu, dia sudah tahu dahulu kerana dia menjumpai tiket penerbangan saya. Apa nak buat… Tuhan nak tunjuk.
Saya tahu dia sedih dan terluka. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia
shr
Tambah Ashraf lagi, kini kedua-dua isterinya sedang dalam proses menerima antara satu sama lain. Ashraf juga mengaku akan cuba berlaku adil terhadap Dayana dan Sakinah.
Buat masa ini mereka masih lagi in progress (menerima antara satu sama lain). Sakinah juga tertekan apabila banyak pihak menyalahkan dirinya dan melemparkan tomahan padanya. Tapi saya nasihatkan kepada kedua-dua isteri saya supaya bersabar dan ikut cakap saya kalau mereka nak bahagia.
Saya juga ada perancangan untuk isteri-isteri saya. Saya tahu apabila berpoligami bukan mudah untuk kita berlaku adil.
Saya juga ingin memohon maaf kepada kedua-dua belah pihak keluarga. Kepada keluarga saya. Kepada para media dan peminat-peminat saya. Tapi saya terkejut juga bila ramai peminat yang datang kepada saya dan ucapkan tahniah kepada saya.
Saya juga berharap agar semua dapat mendoakan yang baik-baik. Saya tak pernah mengaibkan orang, jadi saya harap orang tidak mengaibkan saya ada keluarga saya
Panjang lebar penjelasan Ashraf Muslim kali ini. Diharap agar semua pihak berpuas hati. Semoga Ashraf betul-betul dapat berlaku adil. Jangan lebihkan isteri kedua seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain. 

Sama-samalah kita doakan. 

Sumber MalaysianDigest.

Minggu, 29 Desember 2013

Abang masih sayang saya

Jenazah dimasukkan ke dalam van Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Serdang, semalam.

SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita  untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan  tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.

"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu  yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan  benar-benar tidak menyangka  nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.

“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu.  

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut  merasai kekejaman  yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook  yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.