Tampilkan postingan dengan label taliban. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label taliban. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Roboh surau NGO kata majlis agama seperti Taliban


Malaysiakini Ogos 13 2013 
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.

LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau.
NONE"Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor...  Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.
NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

"Taliban dah bertapak di Malaysia - syabas BN,"

"MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap penghina Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.

LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.

Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi  Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Senin, 16 Desember 2013

Taliban Serang Bangunan PBB di Afghanistan 8 Orang Terbunuh


Kabul, - Kelompok militan Taliban melancarkan serangan ke sebuah bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) di Kabul, Afghanistan. Serangan itu membunuh delapan orang.

Para korban maut terdiri dari dua warga awam Afghan, seorang polis  Afghan dan lima tentera Taliban. Selain itu, belasan orang lainnya mengalami luka-luka, termasuk dua polis  dan dua warga awam.

Insiden ini terjadi pada Jumaat, 24 Mei petang waktu setempat, ketika sekelompok penyerang menyerbu bangunan PBB, International Office of Migration (IOM) di Kabul. Mereka mengenakan bom bunuh diri dan bersenjatakan senapang mesin dan granat berpeluncur roket.

Menurut saksi   seperti dilansir News.com.au, Sabtu (25/5/2013), ketika para petugas keselamatan di bangunan IOM membalas serangan, para penyerang berlindung di sebuah rumah warga awam di dekat bangunan. Akibatnya, baku tembak ganas pun terjadi dan terus berlangsung hingga malam hari.

Juru cakap Taliban Zabiullah Mujahid mengklaim bertanggung jawab atas serangan tersebut. "Sejumlah mujahiddin menyerang bangunan yang digunakan para petugas CIA di Kabul serta departmen Kementerian Dalam Negeri," ujar Mujahid dalam sebuah statemen.

Menurut ketua Polis Kabul, Ayoub Salangi, pasukan Afghan akhirnya menewaskan militan terakhir yang bersembunyi di rumah warga awam tersebut setelah 10 jam kemudian.

"Selama waktu pertempuran ini, dua orang awam pemilik rumah tempat para penyerang berlindung, telah terbunuh. Keduanya adalah lelaki," imbuh Salangi.

Insiden ini merupakan serangan besar kedua yang terjadi di Kabul dalam waktu seminggu lebih. Sebelumnya para anggota kelompok Taliban juga menyerang sebuah distrik di Afghanistan selatan. Baku tembak yang terjadi selama beberapa jam itu menewaskan sedikitnya 30 militan dan 5 polis  Afghan.
  detikNews