Tampilkan postingan dengan label tinggi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tinggi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Tiada Harapan Tinggi Kutipan ‘Tanda Putera’


PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah filem Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak meletakkan penanda aras tinggi terhadap karya kontroversinya itu dan menjangkakan hanya mampu memperoleh kutipan RM1 juta menjelang tarikh akhir wajib tayang Rabu ini.

Beliau bagaimanapun berpuas hati filem itu berjaya mengutip RM900,000 setakat ini (sehingga Selasa) selain karya itu berjaya meningkatkan minat orang ramai terhadap filem tentang sejarah berbanding filem 1957 Hati Malaya yang hanya mengutip RM420,000 pada 2007.

“Apa yang lebih penting kini Tanda Putera telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai untuk pergi ke panggung dan menonton filem tentang sejarah negara.

“Jika dapat melepasi kutipan RM1 juta ia adalah satu kejayaan besar buat filem ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Filem Tanda Putera dibikin dengan belanja RM4.6 juta menerusi dana kerajaan.

Tambah Shuhaimi beliau berharap Syarat Wajib Tayang akan memberi ruang untuk terus menayangkan filem itu di pawagam walaupun sesi wajib tayang akan berakhir.

Dalam perkembangan sama, Shuhaimi memberitahu, ada pihak yang berjumpa dengannya untuk mengadakan tayangan di luar panggung melibatkan institusi pengajian tinggi dan juga pihak swasta lain.

Shuhaimi berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah dengan permintaan berkenaan malah mengalu-alukan badan korporat dan persendirian untuk mengadakan tayangan khas di organisasi masing-masing.

“Setakat ini sudah ada 35 syarikat dan pihak dari universiti yang membuat permohonan itu dan saya amat berbesar hati ada pihak ingin mengadakan tayangan walaupun bukan di pawagam.

“Malah saya juga berbesar hati pelawaan pihak universiti dan kolej yang ingin mengkaji filem ini dari segi akademik,” ujarnya.

Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.

Filem yang ditinjauankan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia ditayangkan untuk tontonan umum pada 29 Ogos lalu.

Filem berkenaan dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi.

Ia diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasinal (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). – mStar Online

Kamis, 19 Desember 2013

Rossa Impikan Lelaki Lebih Tinggi


SEJAK bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 14 Julai 2009, penyanyi Datuk Rossa masih belum memiliki pengganti bekas suaminya itu.

Menurut laporan portal Kapanlagi, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani berkata, walaupun dia ada menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun dia masih belum menemui pasangan yang bersesuaian.

“Saya belum ada calon suami. Doakan saja ya. Hanya ‘Yang Di Atas’ saja tahu jodoh yang paling tepat buat kita. Yang penting orangnya baik. Indonesia atau Malaysia, mana-mana pun sama sahaja,” katanya.
Tambah Rossa, dia berharap lelaki yang akan menjadi suaminya kelak mempunyai postur badan yang lebih tinggi daripadanya.

“Yang penting lelaki itu janganlah pendek lagi daripada saya tetapi perlu seagama dan mesra dengan keluarga masing-masing. Kriteria ini sama sahaja dengan keinginan wanita-wanita lain” selorohnya.

Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu belum meletakkan tempoh masa tertentu untuk berkahwin semula. – mStar