Kamis, 27 Februari 2014

Nik Aziz Terima PR jika mahu kerjasama Pas

sinar harian
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
19 Mei 2012
Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
Nik Aziz (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas di Kuala Ibai
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.

Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.

Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.

“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.

Rabu, 26 Februari 2014

Ayah Belum Pulang Kerja Dari Genting – Keluarga

HKL

Seorang lelaki masih menunggu khabar berita nasib yang ayahnya yang sepatutnya pulang dari bekerja kira-kira pukul 3.30 petang tetapi masih belum tiba bimbang ayahnya terlibat dalam tragedi bas di Genting Highlands petang tadi.
Faizal Muhd Rasid ketika ini menunggu khabar terkini berkenaan ayahnya Muhd Rasid Jantan, 61 tahun di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut Faizal, tugas ayahnya sebagai Pembantu Pengurus Keselamatan di Genting Highland sepatutnya selesai pukul 2 petang dan selalunya akan sampai ke rumah kira sejam selepas itu tetapi amat berbeza hari ini.
“Ayah akan habis kerja pukul 2 petang sehingga kini tidak pulang lagi, sehinggalah makcik telefon kata ada kemalangan,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my ketika ditemui di HKL malam ini.
Faizal sudah pun pergi ke Hospital Selayang tetapi tiada khabar berita.
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Kaunselor Pejabat Konsulat Indonesia Dino Nurwahyudi tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi mengenalpasti jikalau ada rakyat Indonesia yang terlibat.
HKL 1
Jika ada, pihak kedutaan akan menghubungi keluarga mangsa bagi urusan menuntut jenazah.
Suasana di perkarangan Unit Kecemasan dan Trauma HKL dipenuhi ahli keluarga mangsa dan wakil media bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan ahli keluarga mereka.
Bas berkenaan merupakan bas ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highland terjunam ke dalam gaung kira-kira pukul 2.45 petang menyebabkan 37 orang maut manakala 16 lagi cedera. Bas berkenaan membawa 53 orang penumpang. – Mynewshub.my

Selasa, 25 Februari 2014

Harga Dan Spesifikasi Galaxy Note 10 1 Oktober 2012

Harga Samsung Galaxy Note 10.1 | Harga Dan Spesifikasi Galaxy Note 10.1 Terbaru 2012 Kali ini saya mau memberikan informasi mengenai Galaxy Note 10.1 dengan menyertakan review dari smartphone satu ini. Namun sebelum itu kalian bisa baca juga Harga Dan Spesifikasi Galaxy Music Duos Terbaru .

Mengenai Harga dan Spesifikasi Galaxy Note 10.1 mungkin sudah tidak sabar ingin kalian tunggu. Ya smartphone keluaran samsung ini memang memiliki ke unggulan sendiri di banding kakaknya. Berikut ini Harga Dan Spesifikasi Galaxy Note 10.1 Oktober 2012 :

Harga Dan Spesifikasi Galaxy Note 10.1 | Oktober 2012

Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note Terbaru

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 10.1

  • Prosesor 1.4GHz Quad-Core Exynos 4412
  • Mali-400MP GPU
  • 2 GB RAM
  • 16/32/64GB ROM (Dipartisi sebagai Unified Storage!) dengan slote microSDHC
  • 10.1 inch, 1280x800 LCD
  • 7000mAh Non-Removable Battery
  • 5MP Rear Camera, 1.9MP Front Camera
  • WiFi A/B/G/N (2.4 & 5 GHz)
  • Bluetooth 4.0+
  • Dimensi: 262 x 180 x 8.9 mm
  • Berat: 600g (3G), 597g (WiFi)
  • Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dengan TouchWiz
  • Pressure Sensitive Pen dan Wacom Digitizer
  • Other Extras: Sebuah IR Blaster (sebuah TV Remote), USB 2.0 Host, MHL,
Harga Samsung Galaxy Note 10.1 :
Rp. Rp6.999.000
Demikian ulasan mengenai Harga dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note 10.1  Oktober 2012, semoga membantu klian semua yang sedang mencari info mengenai Samsung Galxy Note 10.1 .

Senin, 24 Februari 2014

Jawatan Tertinggi PBB Tidak Dicabar

KUCHING – Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga ketua menteri Sarawak dijangka terus menerajui parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak itu apabila tiada pertandingan untuk semua jawatan tertinggi parti pada Konvensyen PBB bulan depan.

Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem hari ini mengesahkan bahawa semua jawatan utama, termasuk presiden, timbalan presiden, naib presiden kanan dan semua naib presiden, tidak dicabar apabila kira-kira 6,000 perwakilan dan pemerhati hadir pada konvensyen yang dijadual diadakan di sini dari 18 hingga 22 Okt.

“Bagaimanapun, kami jangka berlaku beberapa pertandingan untuk jawatan di peringkat Majlis Tertinggi PBB serta sayap Pemuda dan Wanita parti,” kata Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penerangan dan publisiti Konvensyen PBB ke-13 di sini.

Abdul Taib menerajui PBB sejak 1981, tahun sama beliau memegang jawatan ketua menteri manakala dua timbalan presiden parti kini disandang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu (sayap Pesaka) dan Menteri Perumahan dan Pelancongan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (sayap Bumiputra).

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kini memegang jawatan naib presiden kanan manakala Adenan dilantik untuk jawatan sama.

Adenan berkata PBB kini dalam proses menghantar borang pencalonan dan tarikh akhir pencalonan untuk Majlis Tertinggi ialah 14 Okt manakala Pemuda dan Wanita pada 11 Okt.

Beliau berkata satu seminar akan diadakan pada 20 Okt yang akan membincangkan beberapa kertas kerja dan tajuk berkaitan pembangunan fizikal, politik, ekonomi, sosial dan pendidikan negeri dalam bentuk pencapaian, cabaran dan harapan sejak 50 tahun Sarawak merdeka dalam Malaysia, katanya. – BERNAMA

Minggu, 23 Februari 2014

Doktor letak jarum suntik HIV disetiap penjuru rumah untuk elakkan kecurian

  http://1.bp.blogspot.com
BRAZIL - Banyak orang memanfaatkan anjing penjaga atau menggunakan alarm anti-CURI mencegah pencurian di rumah.
Tetapi seorang doktor di Brasil, memilih sesuatu yang lebih ekstrem untuk menakuti pencuri, yaitu memasang puluhan jarum suntik yang sudah terinfeksi HIV di hujung-hujung pagar rumahnya.
Jika biasanya kita menemukan peringatan dengan kata-kata "Awas Ada Ajing Galak", di pagar rumah doktor ini bertuliskan "Tembok Dengan Darah HIV Positif. Dilarang Masuk Tanpa Izin". Demikian seperti dilapor Yahoonews.
Doktor tersebut mengaku bosan kerana seringkali terjadi pencurian di rumahnya. Para pencuri masuk ke rumah dengan melompati pagar.(rhs)

Sabtu, 22 Februari 2014

Pemain Kelantan berguru di England



PENYERANG muda Australia, Dimitrios Petratos yang beraksi bersama The Red Warriors dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 secara rasminya akan berangkat ke England pada 4 Februari ini bagi menjalani latihan dengan pasukan Blackburn Rovers.
Berita gembira itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di Kota Bharu semalam.
Annuar berkata, ketua pasukan Piala Presiden Kelantan, Faizul Nazlin Sayuti akan pergi bersama Petratos bagi menjalani latihan tersebut dan akan kembali semula ke pangkuan pasukan pada bulan Mac untuk menghadapi saingan Piala AFC.
Menurutnya, latihan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara KAFA dengan kelab berkenaan sebagai langkah untuk memantapkan lagi pasukan bagi mengharungi saingan liga musim ini.
"Pemergian kedua-dua pemain ini akan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif, TheRedWarriors.com iaitu Kelvin Ramalingam.
Sepanjang berada di sana, Petratos bakal menjalani sesi latihan dan ujian yang dikendalikan oleh pihak Blackburn Rovers.
“KAFA berharap, latihan tersebut akan meningkatkan lagi tahap kemahiran Petratos sebelum dia kembali bersama pasukan untuk saingan Piala AFC nanti.
“Begitu juga dengan Faizul Nazlin, kita mahu memberikan pendedahan awal kepada pemain muda ini dalam usaha untuk memantapkan corak permainan dan kemahirannya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar perlawanan Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad IV semalam mengenai pertembungan antara juara Liga Super Malaysia, Kelantan dengan juara Liga Super Indonesia, Simen Padang FC esok.
Pada majlis tersebut, Annuar turut memperkenalkan seorang pemain import dari Perancis yang akan membantu The Red Warriors dalam perlawanan tersebut iaitu, Salim Aracche.
Selain Aracche, Kelantan turut diperkuatkan dengan seorang lagi tonggak import dari Nigeria, iaitu Dickson Nwakaeme yang bergandingan bersama Obinna Nwaneri, Lek Kecira di posisi pertahanan.
Annuar memberitahu, jika ada perkembangan semasa mengenai kedua-dua pemain itu, ia akan memaklumkan perkara tersebut dari semasa ke semasa.
“KAFA akan menjalinkan kerjasama ini di masa akan datang melibatkan pertukaran pemain dan jurulatih,” ujarnya.
Mengulas mengenai perlawanan Piala Permai itu, Annuar memberitahu, ia adalah kesinambungan perlawanan sebelum ini ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini.
“Perlawanan ini merupakan medan terbaik buat kita untuk mengukur sejauh mana kekuatan pasukan. Saya akui ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kelantan.
“Mereka sebuah pasukan yang hebat, dan kita pernah tunduk kepada mereka 1-3 dalam aksi Piala Gabenor Acheh baru-baru ini. Saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu,” tegasnya.

Jumat, 21 Februari 2014

Hafiz Tercalon Di MTV Europe Music Award 2013



JIKA MTV Europe Music Award (MTV EMA) edisi sebelum ini, wakil dari Malaysia untuk Best Southeast Asia Act ialah pelantun lagu Lelaki, Yuna. Kini untuk edisi terbaru pula, Hafiz Suip telah tercalon untuk bertanding bagi MTV EMA 2013.

Pernah memenangi trofi Best Vocal Performance untuk 3 edisi berturut-turut di Anugerah Juara Lagu 25 – 27, Hafiz bakal bersaing bersama 5 lagi artis popular di Asia Tenggara iaitu Noah (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan juga My Tam (Vietnam).

Penyanyi berusia 23 tahun ini bakal meneruskan perjuangan muzik anak tempatan dan bakal duduk seiring dengan nama-nama besar dari seluruh dunia jika dia berjaya merangkul trofi Best Southeast Asia Act di MTV EMA 2013.

Bagi anda yang mahu melihat kejayaan Hafiz melakar sejarah baru, senang sahaja. Cuma undi Hafiz Suip di laman web rasmi MTV EMA 2013, asia.mtvema.com. Tekan butang undi dan jalankan peranan anda sebagai peminat dan juga rakyat Malaysia. Apa tunggu lagi, cepat undi Hafiz Suip!

Untuk pengetahuan, MTV EMA 2013 bakal berlangsung di Amsterdam, Netherlands pada 10 November ini. – Ohbulan