Tampilkan postingan dengan label pesawat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pesawat. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Ratusan Lembu di Pesawat Picu Pendaratan Kecemasan

13 Feb 2013
Foto: Mirror
Foto: Mirror
 HEATHROWSeorang pilot melakukan pendaratan kecemasan setelah lampu peringatan kebakaran menyala kerana terdeteksinya panas berlebihan. Ternyata panas itu ditinjauankan dari kelembaban ratusan lembu di dalam kargo.

Pendaratan darurat dilakukan oleh The Korea Airways yang mendarat di BLapangan Terbang Internasional Heathrow, London . Hal itu disebabkan lampu peringatan kebakaran yang menyala dari kargo. Namun, kobaran api tidak ditemukan.

Pilot The Korea Airways mengatakan, alarm kebakaran itu mungkin dipicu panas yang ditinjauankan 390 lembu di dalam kargo.

Salah seorang juru cakap CAA, mengatakan bahawa pendaratan darurat merupakan kebijakan pilot berdasarkan penilaian atas situasi tertentu di dalam pesawat

"Ini adalah kebijaksanaan pilot untuk memanggil mayday berdasarkan penilaian dari situasi tertentu di dalam pesawat,” ujar juru cakap CAA, seperti dikutip Mirror, Selasa (12/2/2013).

Selain The Korea Airways pendaratan darurat seperti ini juga terjadi pada pesawat A319 Airbus, dimana di dalam beg seorang penumpang dicurigai terdapat sebuah bom. Namun, kecurigaan itu tidak terbukti.

(faj)

Rabu, 01 Januari 2014

Insiden Dihalang Menaiki Pesawat Izan Suhaila Nafi Air Asia Tawar Bantuan

Izan Suhaila

Wanita yang dihalang menaiki penerbangan pulang Air Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, menafikan kenyataan Air Asia yang mendakwa pihaknya sudah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan sendiri.
Izan tampil menerusi Buletin Utama TV3 semalam menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar itu adalah tidak benar sama sekali.
“Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa ‘arrangement’ yang dibuat Air Asia.
“Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,” katanya.
Aireen sebelum ini menerusi kenyataan medianya menyatakan pihak Air Asia ada menawarkan bantuan penerbangan balik secara percuma selepas bayinya yang berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Riza Izan pulih sepenuhnya tetapi mendakwa Izan telah menolak bantuan tersebut kerana dirinya sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chi Minh.
Beberapa individu yang telah melihat insiden berkenaan di lapangan terbang tersebut telah bermurah hati menampung perbelanjaannya sepanjang berada di sana.
“Saya berterima kasih rakan-rakan yang telah menaiki penerbangan Air Asia pada malam itu, memang saya sangat tersentuh hati, yang mana dia tak kenal saya, saya pun tak kenal dia…terima kasih banyak-banyak. Dengan ‘donation’ itu, kami dapat cari hotel, beli susu,” jelasnya lagi dalam nada sebak.
Sementara itu, Aireen tetap dengan kenyataan medianya sebelum ini mengatakan bahawa Air Asia telah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan dan pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh wanita tersebut.
Aireen berkata Air Asia terpaksa mematuhi piawaian antarabangsa yang melarang penumpang menaiki pesawat jika penumpang itu menghidap penyakit berjangkit atau tidak mendapat pengesahan dari doktor.
Aireen juga menambah Air Asia akan berjumpa dengan keluarga Izan dalam masa terdekat ini untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul daripada insiden terbabit.
Sabtu lalu, Izan dan bayinya, Maryam dilarang menaiki penerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh ke Malaysia selepas Maryam dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya anaknya itu sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.
Mereka kemudiannya mendapat ihsan daripada orang awam yang melihat insiden terbabit dan kemudiannya di bawa pulang dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua ahli keluarganya yang lain. MYNEWSHUB

8 Cedera Gear Pesawat Rosak Di New York

Pesawat

NEW YORK – Syarikat penerbangan Southwest Airlines mengesahkan lapan cedera apabila pesawatnya mengalami kerosakan pada gear mendapat ketika tiba di Lapangan Terbang LaGuardia, di sini, hari ini.
Syarikat yang berpangkalan di Dallas itu dalam satu kenyataan berkata, maklumat yang diperoleh menunjukkan lima penumpang dan tiga krew pembantu penerbangan cedera ketika mendarat pada jam 5.45 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian seramai 150 orang berada dalam pesawat yang dalam penerbangan dari Nashville, Tennessee.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika berkata, kepala gear gagal berfungsi ketika pesawat mendarat. – AP

Kamis, 19 Desember 2013

Pesawat Ringan Mendarat Cemas Di Lebuh Raya



CHICAGO – Seorang juruterbang sebuah pesawat ringan mengejutkan penduduk di sini apabila terpaksa melakukan pendaratan cemas di lebuh raya utama Chicago kelmarin.

Juruterbang pesawat berenjin satu itu terpaksa berbuat demikian kerana mengalami masalah mekanikal pada awal pagi Ahad kelmarin.

Juruterbangnya, John Pedersen memberitahu akhbar Chicago Sun-Times bahawa dia sedang terbang di atas tasik pada pukul 6 pagi apabila komponen enjin pesawat yang dipandu mengalami kerosakan. Keadaan itu menyebabkan pesawat tersebut bergegar.

“Saya fikir pesawat ini akan pecah,” kata Pedersen.

Menurut pegawai penguat kuasa, juruterbang itu bertindak mendarat di lorong menuju ke utara lebuh raya Lake Shore Drive dekat taman rekreasi Grant Park.

“Risiko sentiasa ada. Jadi, saya perlu mencari tempat mendarat yang selamat,” kata Pedersen yang menjadi juruterbang sejak lima tahun lalu itu.

Pegawai polis di Chicago berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pedersen, 51, dari pinggir bandar Chicago Lombard berkata, dua buah kereta melanggar sayap kiri pesawatnya selepas dia mendarat tapi kereta itu berlalu pergi. – AP