Tampilkan postingan dengan label nafi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nafi. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Zahid Hamidi nafi jadi broker kerajaan perpaduan dakwa ianya ‘spekulasi’

  August 17, 2013
   
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.
"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah.
 "Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” kata Najib dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.

Perdana menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.
Asia Sentinel melaporkan pada Isnin Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. - 17 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider

Rabu, 01 Januari 2014

Insiden Dihalang Menaiki Pesawat Izan Suhaila Nafi Air Asia Tawar Bantuan

Izan Suhaila

Wanita yang dihalang menaiki penerbangan pulang Air Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, menafikan kenyataan Air Asia yang mendakwa pihaknya sudah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan sendiri.
Izan tampil menerusi Buletin Utama TV3 semalam menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar itu adalah tidak benar sama sekali.
“Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa ‘arrangement’ yang dibuat Air Asia.
“Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,” katanya.
Aireen sebelum ini menerusi kenyataan medianya menyatakan pihak Air Asia ada menawarkan bantuan penerbangan balik secara percuma selepas bayinya yang berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Riza Izan pulih sepenuhnya tetapi mendakwa Izan telah menolak bantuan tersebut kerana dirinya sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chi Minh.
Beberapa individu yang telah melihat insiden berkenaan di lapangan terbang tersebut telah bermurah hati menampung perbelanjaannya sepanjang berada di sana.
“Saya berterima kasih rakan-rakan yang telah menaiki penerbangan Air Asia pada malam itu, memang saya sangat tersentuh hati, yang mana dia tak kenal saya, saya pun tak kenal dia…terima kasih banyak-banyak. Dengan ‘donation’ itu, kami dapat cari hotel, beli susu,” jelasnya lagi dalam nada sebak.
Sementara itu, Aireen tetap dengan kenyataan medianya sebelum ini mengatakan bahawa Air Asia telah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan dan pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh wanita tersebut.
Aireen berkata Air Asia terpaksa mematuhi piawaian antarabangsa yang melarang penumpang menaiki pesawat jika penumpang itu menghidap penyakit berjangkit atau tidak mendapat pengesahan dari doktor.
Aireen juga menambah Air Asia akan berjumpa dengan keluarga Izan dalam masa terdekat ini untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul daripada insiden terbabit.
Sabtu lalu, Izan dan bayinya, Maryam dilarang menaiki penerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh ke Malaysia selepas Maryam dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya anaknya itu sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.
Mereka kemudiannya mendapat ihsan daripada orang awam yang melihat insiden terbabit dan kemudiannya di bawa pulang dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua ahli keluarganya yang lain. MYNEWSHUB