Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Zalimnya ! Marah pada Suami Wanita Ini Bakar Anaknya

14 Nov 2013 
 
 foto: Daily Mail
Beijing, - Keterlaluan! Seorang ibu di China  membakarnya anaknya demi melampiaskan kemarahannya pada sang suami. Wanita itu marah pada suaminya yang dianggap tidak memperlakukan dirinya dengan baik.

Peristiwa ini terjadi di kota Jinhua di provinsi Zhejiang, bahagian timur China seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (13/11/2013).

Menurut otoriti setempat, wanita itu memaksa puteranya untuk meminum minyak dan kemudian membakar tubuhnya. Akibat perbuatan keji ibunya,kanak-kanak  berumur 4 tahun itu ketika ini dalam keadaan kritikal   di rumah sakit.

Menurut jiran tetangga, wanita bernama Shen Dan (40) dan suaminya, Zhang Qiusheng (48) itu sering bertengkar soal wang. Pertengkaran hebat kembali terjadi awal bulan ini. Usai bertengkar dengan suaminya, Shen pun pergi ke luar kediaman mereka, namun kemudian kembali dengan membawa sebotol minyak tanah.

Shen pun memaksa anak laki-lakinya, Duoduo untuk meminum minyak tersebut. Minyak itu sempat tertelan sedikit sebelum Zhang datang untuk melindungi puteranya. Namun kemudian Shen menyeret anaknya menuju kompor gas yang sedang menyala. Wanita itu kemudian menumpahkan minyak tanah ke tubuh mereka bertiga.

Meski ikut terbakar, Zhang bergegas membawa anaknya ke ruang tamu dan membungkus tubuhnya dengan selimut untuk memadamkan api. Ketika ini, kanak-kanak malang itu sedang berjuang melawan maut akibat luka-luka bakar parah yang dideritanya.

Menurut para doktor, kanak-kanak itu mengalami cedera terbakar 35 persen, khususnya di bahagian kepala. Bahkan paru-parunya juga rosak parah akibat api dan minyak yang sempat tertelan. Meskipun nyawanya selamat, kanak-kanak itu kemungkinan tak akan dapat bercakap dan mengalami kebutaan.

Shen dan Zhang juga dirawat di rumah sakit dengan luka terbakar 15 persen di tubuh mereka. Shen akan ditahan polis  setelah dia dinyatakan boleh meninggalkan rumah sakit.

Atas kejadian ini, Zhang pun memutuskan untuk menceraikan isterinya itu. "Saya harap saya tak akan pernah melihat dia lagi. Saya pasti akan menuntut cerai apabila saya keluar dari rumah sakit," tambahnya. 
sumber: detikNews

Senin, 30 Desember 2013

Suami isteri dipenjara 24 tahun kerana biarkan pembantu rumah mati kelaparan

 
Oleh Opalyn Mok
May 16, 2013 TMI
Chin Chui Ling dibawa keluar dari mahkamah. - Gambar-gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 16 Mei — Satu pasangan suami isteri disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun setiap seorang kerana membiarkan pembantu rumah mereka, seorang rakyat Cambodia, mati kelaparan tahun lalu.

Semasa membacakan penghakimannya, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengatakan kes ini telah mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Cambodia mahu menghentikan penghantaran rakyat mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.
Soh Chew Tong dibawa keluar dari mahkamah.Menegur pasangan tersebut, Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling, Hakim memberitahu mereka, sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.

“Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai, saya akan hantar mereka balik, apa perlu ‘rotan’ dan dera,” katanya.
Soh, 44, dan Chin, 42, kedua-duanya disabitkan dengan pembunuhan tanpa niat menyebabkan kematian Sichan Mey, 24, seorang warga Cambodia di sebuah rumah kedai di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.

Mey telah bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah kedai itu semenjak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lepas.

Semasa membaca penghakimannya, Hakim Zamani mengatakan pidak pendakwaan telah membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah pasangan tersebut telah menyebabkan kematian Mey di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana pembunuhan tanpa niat.

Hukuman pasangan tersebut bermula dari tarikh penangkapan pada 1 April tahun lalu.
Beliau mengatakan bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.
“Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi dan mengalami kecederaan dari masa ke masa yang memburukkan lagi ulser perut beliau yang membawa kepada peritonitis akut dan yang telah menyebabkan kematian beliau,” katanya.

Menurut laporan bedah siasat oleh perunding pakar patologi forensik, berat Mey hanya 26.1kg dengan ketinggian 148cm pada masa kematiannya.
“Terdapat parut di badannya, berumur 29 tahun dan kecederaan baru dibadannya termasuk luka dan pelbagai lebam dan terdapat kekurangan tisu lemak atau lapisan otot di dinding abdominals dan dadanya jadi pakar patologi berpendapat bahawa dia telah kekurangan makanan selama beberapa bulan, “katanya.

Berdasarkan keadaan fizikalnya, kedudukan BMI beliau adalah pada 11.9 di bawah BMI minimum 16.
Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh akan tetapi dakwaan kemudiannya ditukar kepadab membunuh tanpa niat.

Hakim Zamani mengatakan Mey digajikan sebagai pembantu rumah bagi pasangan tersebut dan sebagai majikan, menjadi tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, perubatan dan peralatan bilik mandi tanpa menolak gajinya.
“Terdapat tanggungjawab untuk menjaga kebajikannya dan kedua-duanya gagal melakukan itu dan kedua-duanya bertanggungjawab di atas kematiannya,” katanya.