Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mati. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Jaringan sistem komputer di stesyen televisyen dan bank Korea Selatan mati dipercayai digodam

  21 Mac 2013   detikNews
Ilustrasi
Seoul - Jaringan sistem komputer di stesyen televisyen dan bank terbesar di Korea Selatan (Korsel) diserang peretas, hingga sempat berhenti beroperasi. Pasukan keselamatan Korea Selatan masih menyelidiki insiden ini, dengan kecurigaan utama mengarah kepada seteru abadi mereka, Korea Utara (Korut).

Tidak tanggung-tanggung, pemerintahan Presiden Park Geun-hye secara khusus membentuk tim krisis cyber atau dunia maya yang bertugas menyelidiki aksi peretasan ini. Tim khusus ini terus mengumpulkan data dan informasi untuk mencari tahu apakah benar kecurigaan bahawa Korra Utara berada di balik aksi ini.

Pejabat pada Komisi Komunikasi Korea, Shin Hong Sun, menuturkan akibat peretasan ini sejumlah server pada sejumlah perusahaan dan stesyen televisyen ternama di Korea Selatan sama sekali tak berfungsi. Perusahaan yang terkena aksi peretasan ini adalah Shinhan Bank (1558), Nonghyup Bank, YTN (jaringan televisyen kabel), Munhwa Broadcasting Corp (MBC), dan Korea Broadcasting System (KBS).

Seperti dilansir Bloomberg, Rabu (20/3/2013), insiden yang terjadi siang hari waktu Korea Selatan ini semakin memanaskan ketegangan kedua negara di Semenanjung Korea. Terlebih akhir-akhir ini, Korea Utara dengan terang-terangan menyatakan ancaman untuk menyerang Korea Selatan dan negara lain yang menjadi musuhnya, tanpa ampun.

"Masih sulit untuk menemukan dalam waktu cepat siapa pelakunya, namun Korea Utara menjadi tersangka utamanya," cetus profesor keamanan dunia maya dari Seoul Womens University, Park Choon Sik. Park juga ikut serta dalam tim khusus yang dibentuk pemerintah, yang bertugas menganalisa serangan ini dan mencari tahu pelakunya.

"Serangan dunia maya memang menjadi senjata yang lebih mudah bagi Korea Utara kerana ongkosnya tentu lebih sedikit dari peluncuran rudal atau uji cuba nuklir, dan mereka boleh membuat lebih banyak orang masuk ke dalam kepanikan yang lebih besar. Terlebih lagi, mereka boleh melakukannya bila saja tanpa takut adanya sanksi internasional," imbuh Profesor Park.

Sementara itu, matinya jaringan server di salah satu bank yang cukup besar di Korea Selatan, yakni cabang Shinhan Bank yang ada di Cheju hanya berlangsung beberapa jam saja. Pada Rabu (20/3) sore, jaringan sistem komputer di bank tersebut telah kembali normal.

Sedangkan gangguan di jaringan televisyen kabel YTN, dilaporkan tidak mempengaruhi seluruh sistem komputer yang ada di newsroom dan fasiliti penyiarannya. Untuk KBS dan MBC, gangguan ini tidak mempengaruhi aktiviti penyiaran mereka.

Baik YTN, maupun KBS dan MBC yang tercatat sebagai jaringan televisyen terbesar di Korsel masih menyelidiki gangguan yang melanda sistem komputer mereka. Dari 4 jaringan media elektronik terbesar di Seoul, hanya Seoul Broadcasting System (SBS) saja yang tidak terkena gangguan dunia maya ini.

Senin, 30 Desember 2013

Suami isteri dipenjara 24 tahun kerana biarkan pembantu rumah mati kelaparan

 
Oleh Opalyn Mok
May 16, 2013 TMI
Chin Chui Ling dibawa keluar dari mahkamah. - Gambar-gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 16 Mei — Satu pasangan suami isteri disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun setiap seorang kerana membiarkan pembantu rumah mereka, seorang rakyat Cambodia, mati kelaparan tahun lalu.

Semasa membacakan penghakimannya, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengatakan kes ini telah mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Cambodia mahu menghentikan penghantaran rakyat mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.
Soh Chew Tong dibawa keluar dari mahkamah.Menegur pasangan tersebut, Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling, Hakim memberitahu mereka, sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.

“Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai, saya akan hantar mereka balik, apa perlu ‘rotan’ dan dera,” katanya.
Soh, 44, dan Chin, 42, kedua-duanya disabitkan dengan pembunuhan tanpa niat menyebabkan kematian Sichan Mey, 24, seorang warga Cambodia di sebuah rumah kedai di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.

Mey telah bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah kedai itu semenjak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lepas.

Semasa membaca penghakimannya, Hakim Zamani mengatakan pidak pendakwaan telah membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah pasangan tersebut telah menyebabkan kematian Mey di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana pembunuhan tanpa niat.

Hukuman pasangan tersebut bermula dari tarikh penangkapan pada 1 April tahun lalu.
Beliau mengatakan bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.
“Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi dan mengalami kecederaan dari masa ke masa yang memburukkan lagi ulser perut beliau yang membawa kepada peritonitis akut dan yang telah menyebabkan kematian beliau,” katanya.

Menurut laporan bedah siasat oleh perunding pakar patologi forensik, berat Mey hanya 26.1kg dengan ketinggian 148cm pada masa kematiannya.
“Terdapat parut di badannya, berumur 29 tahun dan kecederaan baru dibadannya termasuk luka dan pelbagai lebam dan terdapat kekurangan tisu lemak atau lapisan otot di dinding abdominals dan dadanya jadi pakar patologi berpendapat bahawa dia telah kekurangan makanan selama beberapa bulan, “katanya.

Berdasarkan keadaan fizikalnya, kedudukan BMI beliau adalah pada 11.9 di bawah BMI minimum 16.
Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh akan tetapi dakwaan kemudiannya ditukar kepadab membunuh tanpa niat.

Hakim Zamani mengatakan Mey digajikan sebagai pembantu rumah bagi pasangan tersebut dan sebagai majikan, menjadi tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, perubatan dan peralatan bilik mandi tanpa menolak gajinya.
“Terdapat tanggungjawab untuk menjaga kebajikannya dan kedua-duanya gagal melakukan itu dan kedua-duanya bertanggungjawab di atas kematiannya,” katanya.

Sabtu, 28 Desember 2013

Wanita mati dalam cubaan menggugurkan kandungannya

6 Okt 2103
Dubai: Seorang wanita Asia ditemui mati di sebuah flat di Dubai selepas cubaan menggugurkan kandungannya oleh tukang paip gagal.
Polis mengklasifikan kematian wanita itu ada kaitan sindiket kumpulan pelacuran. Tiga suspek, termasuk seorang tukang paip ditahan. 

Mangsa berusia 20-an ditemui dengan kesan suntikan dadah lima hari selepas cubaan menggugurkan kandungannya gagal.
Polis memberitahu terpaksa memecahkan pintu apartmen di kawasan Rafaa selepas menerima panggilan penjaga keselamatan mengenai bau busuk dari kediaman itu.

“Koroner mengesahkan mangsa mati sejak lima hari lalu. Kami dapati apartmen berkenaan disewa sindiket untuk kegiatan pelacuran,” kata Ketua Polis Jenayah Dubai, Khalil Al Mansouri. - AFP
myMetro