Tampilkan postingan dengan label zahid. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label zahid. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 15 Maret 2014

Ramai tersinggong kenyataan Zahid

 Malaysiakini  18 Mei 2013
 
Mahu halau kami, tapi jemput orang Bangladesh
 
Rasa tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya dan perasaan kecewa dengan kenyataan menteri dalam negeri terhadap mereka yang mempertikai keputusan itu mendorong kehadiran sebilangan peserta himpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan semalam.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Dupa, 45 tahun, berkata beliau turut menyertai dua lagi himpunan sama di Johor Bahru dan Selangor walaupun menetap di Bahau, Negeri Sembilan.

"Kalau nak ikut, memang tak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya tambahan pula ada banyak dakwaan penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan (undi) anggota pasukan keselamatan," katanya.

harry ngHenry Ng, 28, (kiri), pula berpendapat kebanjiran orang ramai ke siri himpunan itu membuktikan Pakatan Rakyat sebenarnya memenangi hati rakyat Malaysia dalam pilihan raya yang lalu walaupun masih belum berjaya membentuk kerajaan pusat.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang menggesa golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke luar negara, Henry secara berjenaka berkata beliau berharap mereka yang berketurunan Tionghua sepertinya tidak disuruh pulang ke tanah besar China.

"Saya harap jangan suruh saya balik China," katanya sambil ketawa kecil tetapi kelihatan bersemangat selepas berjaya mendapatkan tandatangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada baju-T yang dipakainya.

Rakan Henry, Ariel Ng, 26, pula berpendapat mereka yang meragui keputusan pilihan raya lalu tiada pilihan lain buat masa ini melainkan hadir ke himpunan demikian bagi menyatakan protes mereka.

karen ngoo"Keputusan pilihan raya tidak adil, kami tiada pilihan dan kami tidak tahu apa lagi yang kami boleh buat untuk masa ini," katanya.

Karen Ngoo, 46, (kiri) pula merasakan kenyataan Zahid Hamidi itu tidak wajar di kala terdapat dakwaan dan kontroversi mengenai pengundi hantu terutamanya yang melibatkan warga asing dari Bangladesh.

"Anda mahu halau kami orang Malaysia, tetapi orang Bangladesh dibawa masuk ke dalam negara.

"Anda mesti hormat kami, itu pengundi hantu Bangladesh-lah yang perlu dihalau," katanya.

1.Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem praya

Kamis, 06 Maret 2014

Zahid Hamidi nafi jadi broker kerajaan perpaduan dakwa ianya ‘spekulasi’

  August 17, 2013
   
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini menafikan menjadi broker kerajaan perpaduan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Kenyataan Menteri Dalam Negeri itu hadir selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat kenyataan sama menafikan khabar angin tentang perkara tersebut, serta menyifatkan ianya sebagai satu spekulasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang.
"Tak adalah, jangan membuat spekulasi lah.
 "Kalau berita itu datang daripada Perdana Menteri kita boleh tulis," kata Ahmad Zahid apabila disoal The Malaysian Insider tentang perkara tersebut dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Najib semalam berkata dakwaan berkenaan hanyalah “daya imaginasi” kerana tidak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan antara BN dan PR.
Katanya, perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan Pakatan Rakyat masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan menerimanya.

“Satu-satunya perjanjian politik yang ada ialah usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRU13 bagi mendapat persetujuan agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilihan raya.

“Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRU13 bagi mendapatkan perjanjian politik agar menghormati keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui namun Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam proses PRU13,” kata Najib dalam satu kenyataan diedarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam.

Perdana menteri menjelaskan pengesahan Anwar berhubung kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” kepentingan politik pihak pembangkang.
Asia Sentinel melaporkan pada Isnin Anwar mendedahkan Najib telah menghubunginya untuk mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan PKR.

Anwar berkata beliau menolak cadangan berkenaan berikutan isu asas mesti diselesaikan dahulu seperti menghentikan serangan perkauman ke atas kaum Cina dan India melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. - 17 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider